PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga individu termasuk seorang pengarah agensi penguatkuasaan negeri dipercayai terbabit rasuah bagi melindungi aktiviti kemasukan barangan berharga melalui pintu masuk laut negara tanpa perlu pengisytiharan atau kebenaran pihak berkuasa. Perintah reman selama tiga hari iaitu sehingga hari ini dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Farhana Mohd Najib ke atas kesemua suspek selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Ahad lalu. Menurut sumber, suspek utama iaitu lelaki berusia 50-an disyaki menerima suapan berjumlah kira-kira RM100,000 secara tunai pada 23 Mac lalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya