PETALING JAYA: Pendidikan satu aliran di peringkat sekolah dapat mengurangkan potensi perpecahan dalam kalangan masyarakat membabitkan perbezaan budaya, agama dan kepercayaan. Mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Salleh, Exco pergerakan itu, Datuk Seri Fariz Hazurin Ismail berkata, kenyataan ketuanya berkaitan penekanan pendidikan satu aliran perlu dilihat dalam konteks memupuk negara bersatu padu dan harmoni. Menurutnya, pelaksanaan pendidikan satu aliran dapat mengukuhkan integrasi sosial dalam kalangan pelajar. “Ini bermakna sistem…