KUALA LUMPUR: Keluarga kepada pelakon wanita yang ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz, maklum akan penangkapan yang berlaku di sebuah kondominium mewah.
Semasa kejadian pagi tadi, kakak dan adik kepada pelakon wanita tersebut dilihat hadir ke lokasi kejadian.
Bagaimanapun, penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) dan pengawal keselamatan kondominium mengarahkan mereka untuk beredar.
Akur dengan arahan itu, mereka meninggalkan perkarangan kondominium serta merta.
Kelibat adik beradik pelakon wanita berkenaan juga tidak kelihatan sebaik sahaja dia dan Aliff di bawa ke pejabat Jawi untuk prosedur selanjutnya.
Utusan Malaysia telah cuba menghubungi kakak kepada pelakon wanita tersebut, namun gagal kerana panggilan telefon dan mesej tidak berbalas. – UTUSAN