KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan 1 gagal dalam tuntutan samannya terhadap tiga pihak termasuk bekas guru sekolah kebangsaannya yang didakwa telah memukul kepala pelajar berkenaan dengan penyapu sehingga terpaksa menerima lima jahitan, lima tahun lalu. Hakim Mahkamah Sesyen Selayang, Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas mendapati keterangan plaintif tidak disokong oleh mana-mana pihak. “Daripada keterangan saksi-saksi plaintif, hanya plaintif sendiri (SP1) berada di tempat kejadian dan ia tidak disokong…