KUALA LUMPUR: Tumpuan utama dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) kini beralih kepada pelaksanaan mekanisme yang lebih efektif.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, ia bertujuan memastikan setiap dasar ekonomi yang dijalankan tidak bersifat kaunter-produktif atau memudaratkan kesejahteraan rakyat dalam jangka masa panjang.
“Maka sebab itu, RMK-13 memang kita tumpukan kepada soal pelaksanaan supaya dasar yang kerajaan guna pakai ini akan mengisi kelopongan
“Kita juga memastikan tahap yang disebut sebagai ‘menaikkan lantai’ itu juga dipelihara dengan sebaik mungkin,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) berhubung usaha kerajaan meningkatkan pendapatan rakyat sama ada pekerja mahupun peniaga bagi memperkukuh kuasa beli.-UTUSAN










