TELUK INTAN: Seorang pekerja kontrak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, dua minggu lalu. Tertuduh, V. K. Nalenthiran berusia 34 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin. Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa telah menyentuh mangsa yang juga anak yatim piatu itu di bahagian…