PETALING JAYA: “Saya faham perasaan isteri yang terpaksa melalui situasi kehancuran rumah tangga.” Demikian perkongsian pelakon, Zahirah Macwilson di media sosialnya yang mendapat perhatian warganet seolah-olah bercakap tentang situasi yang sedang hangat kini. Tanpa merujuk atau menujukan hantaran tersebut kepada mana-mana individu, aktres tersebut berpandangan, memecahbelahkan institusi keluarga adalah satu perbuatan tidak bermoral terutama datangnya dari seorang wanita. Tambahnya lagi, seorang wanita juga tidak seharusnya menormalisasikan perbuatan tidak bermoral tersebut…
 
								
 
								 
								 
											









