KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerajaan mempertimbangkan penubuhan jabatan baharu berteraskan teknologi bagi menangani jenayah siber di negara ini. Mengakui tugas dan tanggungjawab pasukan semakin mencabar dan kompleks, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, teknologi digital telah mengubah revolusi dunia dan landskap kehidupan. Malah, katanya, perkembangan teknologi ini turut menyumbang kepada kepelbagaian trend jenayah baharu. “Justeru, jabatan baharu yang berteraskan teknologi siber ini mampu memantapkan pasukan…










