MARANG: Pasangan raja sehari di Kampung Rawai dekat ini membuat kelainan pada hari bersejarah mereka apabila diarak menaiki trak tunda ke rumah pengantin lelaki, semalam. Mohd. Badrul Haikal Mohd. Bakri, 22, dan isterinya, Nurul Nazifah Ismail, 25, turut dibawa mengelilingi kawasan kampung bagi mengabadikan kenangan pada hari persandingan mereka. Menurut Mohd. Badrul Haikal, idea berkenaan tercetus secara spontan bersama rakan-rakan sekerjanya sebelum turut dipersetujui Nurul Nazifah serta ahli keluarga yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya