KUALA LUMPUR: Status kemajuan terkini pembinaan pesawat latihan tempur ringan (FLIT/LCA) FA-50 sudah mencapai 26.7 peratus dan dijangka diterima negara dalam tiga tahun lagi. Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, dua buah pesawat tersebut dijangka diterima Malaysia pada suku ketiga 2026. “Manakala pesawat selebihnya akan diterima secara berperingkat sehingga penghujung tahun 2027,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini. Beliau menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) yang…










