SHAH ALAM: “Saya mengaku salah kerana curi barang tersebut tetapi saya tidak simpan, sebaliknya diberikan kepada kawan yang memberitahu adiknya hendak kahwin.” Demikian pengakuan seorang wanita berusia, 44 tahun yang dituduh mencuri barang kemas dekat sebuah rumah di Putra Heights, Subang di sini pada bulan lalu. Dalam prosiding tersebut, tertuduh, Siti Normala Ismail, mengaku salah atas kesalahan tersebut selepas kertas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Farah Rosnan. Berdasarkan…