Golongan orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan di Terengganu tidak ketinggalan mengimarahkan bulan Ramadan dengan melakukan tadarus menggunakan al-Quran Braille. Pengerusi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) Wilayah Terengganu, Mohd. Fauzi Mansor berkata, mereka bertadarus dengan bimbingan 10 orang guru al-Quran di pejabat Pertis yang terletak di Seberang Takir, Kuala Nerus. Menurutnya, Pertis Terengganu mempunyai 400 orang namun setakat ini, hanya 70 ahli sahaja yang menyertai program tadarus Ramadan…










