IPOH: Pasar Raya Mydin Manjoi akan meneruskan perniagaan di sini walaupun mengalami kerugian kira-kira RM50 juta akibat kebakaran yang berlaku di premis perniagaan tersebut semalam. Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, anggaran kerugian itu mungkin berubah selepas dinilai oleh Penyelaras Kerugian. “Dari segi struktur bangunan memang nampak okey tetapi bahaya kerana saya dimaklumkan ada runtuhan berlaku. “Jumlah kerugian itu termasuk struktur bangunan dan barangan jualan,”…