ALOR SETAR: “Dapat beras super import yang memang saya tak dapat beli, ayam dua ekor, telur sepapan dan bihun dua paket, syukur sangat. Itu yang buat saya sedih dan menitis air mata. Itu luahan seorang wanita warga emas, Normah Ismail, 65, dari Kampung Pulai, Pendang yang merupakan seorang daripada penerima bantuan makanan pada Majlis Wakalah Zakat Andalusia bersama Ayam Bismi, di sini. Menurut Normah, sumbangan termasuk wang tunai itu merupakan…