Memanah latih rasa yakin, fokus

Memanah latih rasa yakin, fokus

PARA peserta berbusana tradisional dalam  aktiviti  memanah semasa Kejohanan Cabaran Memanah Taktikal Tasik Rekreasi di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, Jerantut, Pahang, baru-baru ini.  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seramai 200 pemanah menguji ketangkasan dan tumpuan kemahiran berburu mereka dalam Kejohanan Cabaran Memanah Taktikal Tasik Rekreasi di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, di sini, baru baru ini.

Pengurus Pemasaran Al Syifa Archery Academy, Che Suhaily Laila Che Hamzah berkata, kejohanan itu mengumpul penyertaan yang luar biasa hanya dalam tempoh dua bulan ia dibuka untuk penyertaan.

Katanya, peserta dibahagikan kepada 29 kumpulan dalam cabaran memburu 30 replika haiwan di pusat rekreasi tersebut secara serentak dan perlu melepasi beberapa halangan dalam tempoh ditetapkan. 

“Mereka memakai busana bertemakan ‘Pendekar Awang’ dalam filem Mat Kilau untuk menyerap semangat perjuangan luar biasa orang Melayu dalam memperjuang tanah air kita di masa lalu. Untuk menyempurnakan cabaran ini, peserta perlu menggunakan semua kemahiran yang dipelajari.

“Kejohanan kali ini adalah sebuah pertandingan yang menggabungkan elemen tradisional dan moden yang mana kawasan berburu kali ini meliputi keluasan sekitar tiga ekar di pusat penyelidikan termasuk tasik,” katanya.

Che Suhaily Laila berkata, pihak akademi turut memberi peluang secara percuma kepada orang kurang upaya (OKU) melibatkan 30 peserta dari Sekolah Pendidikan Khas dan madrasah sekitar daerah ini.

“Objektif utama cabaran ini adalah menerapkan nilai murni dan semangat bersaing secara sihat, melatih tumpuan peserta supaya berkeyakinan dan fokus terhadap apa yang hendak dilaksanakan,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama, Al Syifa Archery Academy secara langsung dapat mendidik peserta mengenai kemahiran pengurusan masa dan menjalin ukhuwah erat sesama peserta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya