DALAM memberi keterujaan kepada murid-murid, Sekolah Kebangsaan (SK) Putra menampilkan kelainan dengan membawakan maskot khas karakter kartun bersempena sesi pembukaan sekolah baru-baru ini. Selain itu, terdapat juga aksi badut yang menceriakan di pintu masuk sekolah berkenaan bagi menyambut kehadiran murid-murid. Sepanjang minggu pertama ini, seramai 549 murid-murid SK Putra termasuk Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) akan mengikuti Program First Day At School di mana tiada sebarang kelas akademik dilaksanakan dengan…