SHAH ALAM: Malaysia kekal komited meneruskan pelbagai misi kemanusiaan dalam membantu Palestin yang turut mula diancam masalah kebuluran akibat peperangan. Terbaharu, enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan memulakan misi bantuan kecemasan 100 kontena dari Kaherah, Mesir ke Gaza. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebimbangan dunia kini mengenai nasib kira-kira sejuta rakyat Palestin yang menghadapi kebuluran dan kerajaan komited…