NEW YORK: Mahkamah Rayuan bersetuju mengurangkan hampir separuh bayaran ikat jamin bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang berjumlah AS$454 juta (RM2.14 bilion).
Panel lima hakim membenarkan kutipan bon itu dikurangkan kepada AS$175 juta (RM825 juta) berhubung kes penipuan sivil.
Mahkamah rayuan turut memberikan Trump tempoh selama 10 hari untuk mencari bon berkenaan bagi menjamin asetnya dilindungi.
Trump dan anak lelakinya, Eric Trump dan Donald Trump Jr, yang merupakan Naib Presiden Eksekutif syarikat dilarang daripada berkhidmat dalam peranan tertinggi di mana-mana syarikat syarikat di New York selama beberapa tahun.
Sebelum ini, pasukan peguam Trump berhujah bon RM2.14 bilion adalah terlalu tinggi dan menyifatkan ia sebagai ‘mustahil’ untuk mendapatkan bon dalam jumlah yang penuh.
Peguam Negara New York, Letitian James memberi isyarat mengenai kesediaan untuk merampas aset Trump sekiranya terlepas tarikh berkenaan.
Bulan lalu, Trump bertanggungjawab kerana memanipulasi pengisytiharan hartanya serta menipu pelabur dan pemberi pinjaman. Trump turut berdepan banyak masalah undang-undang sivil dan jenayah lain.
Trump menafikan dakwaan salah laku dalam kes itu dan menuduh pihak berkuasa menjalankan siasatan bermotif politik yang bertujuan menggagalkan kempen pemilihan semula dirinya sebagai calon Presiden AS 2024.-BBC










