PUTRAJAYA: Sebanyak 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan membabitkan individu bawah 21 tahun diberi keputusan setakat 7 Mac lalu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, 80 peratus daripada permohonan itu diluluskan, manakala selebihnya ditolak kerana permohonan tidak lengkap dan tidak melepasi tapisan keselamatan. Beliau berkata, permohonan lengkap yang selesai akan diproses dan setelah mendapat notifikasi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) barulah proses selanjutnya…










