TELUK INTAN: Kubur depan rumah bukanlah keadaan yang menakutkan bagi penduduk Kampung Terengganu di sini. Ini kerana, rumah mereka berdekatan makam Sultan Perak ke-22, Makam Sultan Abdullah Muhammad Shah 1, yang mangkat pada 1857, lebih 160 tahun lalu. Di sekitar makam tersebut terbina rumah dan penduduk sudah biasa tanpa rasa takut termasuk kanak-kanak. Menariknya, menjadi kebiasaan setiap kali Ramadan penduduk berdekatan membersihkan makam sultan yang pernah memerintah negeri Perak itu.…










