KPWKM terus bangkit martabat peranan wanita - Utusan Malaysia

KPWKM terus bangkit martabat peranan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited dalam menyediakan platform dalam memastikan peranan wanita di negara ini dimartabatkan menerusi pelbagai inisiatif sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa tahun ini.

Menurut Datuk Seri Nancy Shukri, KPWKM sentiasa meraikan dan menyokong wanita untuk bergiat aktif dalam membangunkan ekonomi, sekaligus dapat membantu dalam mewujudkan peluang pekerjaan.

Malah ulasnya, tema Hari Wanita Antarabangsa tahun ini berupaya menggerakkan kuasa wanita sebagai tulang belakang dalam oembangunan keluarga.

“Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini dengan tema ‘Wanita Dijulung Negara Gemilang’ yang memberikan penekanan kepada pentingnya membentuk budaya inklusif dan kesaksamaan gender di semua lapisan masyarakat sebagai usaha memartabatkan wanita di Malaysia.

“Beberapa inisiatif penting akan menjadi fokus kementerian sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa iaitu peningkatan penglibatan wanita di peringkat pembuat keputusan, toleransi sifar keganasan terhadap wanita, peningkatan penyertaan wanita dalam aktiviti ekonomi dan penambahbaikan persekitaran bagi menjamin kesejahteraan wanita,” jelasnya menerusi ucapan perasmian Program Wacana Srikandi 2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini hari ini.

Program Wacana Srikandi ini turut menampilkan tiga usahawan wanita, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Aliza Ali; Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn. Bhd. Aleeya Zailan dan Penerima Anugerah Pesona Wanita Inspirasi Johor, Masitah Mohd Affandy dalam berkongsi inspirasi dan rahsia kejayaan mereka melalui forum yang dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya dengan tajuk, ‘Wanita Inspirasi, Ikon Berkualiti’.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan daripada penyanyi popular tanah air iaitu Anuar Zain, Syamel dan Ernie Zakri.

Dalam pada itu, KPWKM menyambut baik inisiatif SACC Convec Son. Bhd. (SCSB) dalam menganjurkan Program Wacana Srikandi bagi meraikan kehebatan wanita sempena Hari Wanita Antarabangsa.

Program Wacana Srikandi turut memberikan penghargaan kepada tiga buah rumah Kebajikan iaitu Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, cawangan Selangor, Yayasan Kebajikan Negara dan Majlis Kanser Negara (MAKNA) dengan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi setiap rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN