Koperal dipukul mati, lima ditahan

Koperal dipukul mati, lima ditahan

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima lelaki ditahan kerana disyaki  memukul anggota polis sehingga maut dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang dekat sini semalam.

Penahanan suspek berusia 20 hingga 30 tahun itu dilakukan di sekitar daerah ini dan usaha mengesan beberapa individu lagi sedang dijalankan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa berpangkat koperal dan berusia 34 tahun itu  disebabkan kecederaan parah di kepala kerana  hentakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa adalah anggota polis yang berkhidmat di Kontinjen Polis Kuala Lumpur.

Semalam media  melaporkan seorang anggota polis maut dipercayai dipukul dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah di sini.

Kejadian itu berlaku pada pukul 3 pagi, dan semasa ditemui mangsa tidak sedarkan diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini