Kesihatan Dr. Mahathir semakin pulih

Kesihatan Dr. Mahathir semakin pulih

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan dialaminya sejak Januari lalu.

Dr. Mahathir bagaimanapun berkata, beliau bersyukur kerana keadaan kesihatannya semakin pulih berkat doa diberikan seluruh rakyat serta usaha gigih doktor, jururawat dan kakitangan IJN.

“Saya harap dalam masa terdekat dapatlah saya pulih semula seperti biasa dan dibenar pulang ke rumah. Setakat ini kadangkala saya dibenarkan pulang sekejap atau ‘home leave’ oleh pakar di sini, tapi tetap perlu bermalam di IJN,” katanya dalam kenyataan semalam.

Negarawan itu dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu akibat jangkitan.

Pada 20 Februari lalu, pentadbir media sosial Dr. Mahathir menyangkal khabar angin mengatakan bekas Perdana Menteri berusia hampir 100 tahun itu sedang tenat dan berkongsi gambar beliau sedang membaca akhbar dan menulis.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan beliau dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd. Ali.

Pasangan itu turut mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadan kepada semua umat Islam.

“Alhamdulillah dapat kita bertemu dan diberi peluang melakukan ibadah dan amalan sempena bulan yang amat istimewa bagi umat Islam. Selamat berpuasa. Saya berdoa semoga amal ibadat dan usaha kita di bulan yang istimewa ini akan dirahmati dan diberkati Allah, Insya-Allah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN