KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersedia mengimport lebih banyak bekalan ayam menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pada masa ini bekalan ayam di Sabah mencukupi namun, sekiranya terdapat keperluan untuk menambah bekalan sedia ada dengan mengimport ayam dari negara lain. “Kita memang sudah ada persefahaman dengan negara-negara yang mengeksport ayam seperti China dan Thailand,” katanya semasa mengulas mengenai jaminan bekalan ayam mencukupi…










