PENDANG: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yakin mampu mencapai sasaran kutipan zakat fitrah sebanyak RM12.6 juta pada tahun ini. Pengerusinya, Datuk Seri Norizan Khazali berkata, keyakinan itu berdasarkan kutipan zakat fitrah pada tahun lepas yang mencapai RM12 juta. “Kita sasar tahun ini lebih kerana kita mahu kalau boleh lebih ramai membayar zakat di negeri ini. Mungkin ada yang dulu bayar juga zakat tetapi di tempat lain,” katanya ketika ditemui pada…