KDN tidak bercadang pinda akta kawal media dalam talian

KDN tidak bercadang pinda akta kawal media dalam talian

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak bercadang untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 bagi meluaskan kawalan terhadap media dalam talian. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dakwaan tersebut disangkal apabila mengaitkan tindakan itu dengan kementeriannya.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan sekiranya ada pindaan yang akan dilaksanakan, ia hanya melibatkan nilai kompaun bagi beberapa pelanggaran atau salah laku.

“Saya juga ditanya adakah KDN akan pinda akta percetakan untuk kawal media dalam talian, itu juga tak betul. Kita tak ada cadangan pindaan ke arah itu, kalau ada (hanya) baru terfikir pindaan dari segi kompaun atas beberapa pelanggaran, itu sahaja.

“Pindaan berkaitan nak kawal media online tak ada dalam radar kami,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Saifuddin lagi, KDN juga tidak menentang penubuhan Majlis Media Malaysia yang akan dibentangkan pada sidang Parlimen, Jun depan.

“Mengenai Majlis Media, saya ada ditanya betul ke KDN menentang penubuhan ini? Saya terkejut juga lah (kerana) perkara ini dibincang di dalam mesyuarat Kabinet yang lepas. 

“Saya tengok dan semak dengan KSU (Datuk Ruji Ubi) bahagian mana kita tak setuju, tiada pun pendirian yang kata kita tak setuju dari dasar, itu tak betul,” katanya. 

Media pada 21 Februari lalu melaporkan, draf Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan sedang disiapkan Jabatan Peguam Negara dan akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan sebelum dibentangkan di Parlimen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN