Kalau nak komen, sudah lama saya komen - Zahirah Macwilson - Utusan Malaysia

Kalau nak komen, sudah lama saya komen – Zahirah Macwilson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUAR: “Saya rasa kalau nak komen, sudah lama saya komen.”

Demikian jawapan aktres, Zahirah MacWilson ketik ditanya mengenai kontroversi dicetuskan pelako, Fathia Latiff melibatkan namanya dengan suami, aktor Aiman Hakim Ridza.

Pelakon Bulan dan Pria Terhebat itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan memilih untuk tidak ‘melayan’ isu tersebut.

@utusanonline

Kalau nak komen, sudah lama saya komen – Zahirah Macwilson

♬ original sound – Utusan Malaysia – Utusan Malaysia

Malah Aiman yang turut terkait dengan kontroversi tersebut juga mengunci mulut apabila diminta memberi sebarang komen mengenai isu tersebut.

“Saya rasa awak sudah nampak selama ini macam mana. Kalau saya nak komen, memang sudah lama saya akan komen,” ujar aktres popular tersebut.

Pasangan sama cantik sama padan itu ditemui ketika majlis pelancaran koleksi raya Clarks With Zahirah di The Exchange Mall (TRX), Kuala Lumpur pada Rabu.

Terdahulu, Fathia mencetuskan kontroversi demi kontroversi, bermula dengan melabel pelakon Zahirah MacWilson sebagai wanita berwajah bibik.

Malah dalam sesi siaran langsung di media sosial, Fathia turut mendakwa Aiman
yang juga bekas kekasihnya itu masih mempunyai perasaan terhadap dirinya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN