PUTRAJAYA: Meskipun berbaki tiga hari lagi menjelang ketibaan Ramadan minggu depan, lima negeri belum mengumumkan nisab zakat fitrah untuk umat Islam di negeri tersebut. Ia membabitkan Kelantan, Pahang, Perlis, Selangor dan Sarawak yang dijangka berbuat demikian dalam masa terdekat sebagai rujukan masyarakat Islam menunaikan ibadah itu. Setakat ini, hanya Melaka mengesahkan bahawa kadar di negeri itu kekal seperti tahun lalu selaras pengumuman Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab. Rauf Yusof kelmarin.…










