Jho Low jadi penasihat Najib

Jho Low jadi penasihat Najib

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low bertindak menjadi penasihat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung urusan antara Bank BSI (Singapura) dengan SRC International Sdn. Bhd.

Menurut saksi pertama kes saman SRC International Sdn. Bhd. kepada Najib, Kevin Michael Swampillai, dia dimaklumkan perkara itu oleh Pengurus Perhubungan Dana Bank BSI (Singapura), Yak Yew Chee dan pengurusan kanan lain.

“Saya dimaklumkan oleh (Yak) Yew Chee dan pengurusan kanan bahawa Jho Low bertindak sebagai penasihat kepada defendan pertama (Najib).

“Dan (juga dimaklumkan) pembukaan akaun SRC International (Malaysia) Limited (SRC BVI) di BSI dan pemantauan transaksi melalui akaun terbabit adalah berkaitan pelaburan strategik SRC International di peringkat antarabangsa,” katanya dalam pernyataan bertulisnya.

SRC BVI dilantik untuk menjalankan aktiviti pelaburan luar negara dalam sektor sumber tenaga.

Selanjutnya Swampillai yang juga bekas Ketua Perkhidmatan Pengurusan Dana Bank BSI (Singapura) berkata, dalam pertemuan di sebuah hotel dalam Singapura berkata, Jho Low bertanyakan soalan mengenai kerja dalaman dana fidusiari.

“Beliau mewakili mereka yang hadir pada mesyuarat itu bahawa beliau memaklumkan tidak mahu melibatkan struktur fidusiari atau dana dengan nama yang tidak jelas.

“Sebaliknya beliau mahukan entiti yang lebih besar dengan rekod prestasi yang mantap dan aset penting di bawah pengurusan,” katanya.

Menurut Swampillai, fidusiari ialah dana yang diperbadankan dalam salah satu daripada bidang kuasa luar pesisir dan diuruskan oleh pengurus dana pihak ketiga (dan bukan oleh BSI).

“Tidak lama selepas mesyuarat ini, akaun SRC BVI dibuka dan SRC BVI melaksanakan beberapa transaksi pemindahan wang kepada dana fidusiari tertentu,” katanya yang merujuk kepada tindakan selepas perbincangan bersama Jho Low.

Saksi itu berkata, asas anggapannya bahawa Jho Low bertindak di bawah arahan Najib antaranya ialah beliau sedar pada setiap masa material bahawa SRC International sebagai syarikat induk SRC BVI dimiliki Kementerian Kewangan di mana Najib adalah Menteri Kewangan.

Katanya, dalam menghadapi soalan berterusan BSI mengenai destinasi akhir dan penggunaan dana yang disalurkan melalui dana fidusiari, maklum balas Jho Low adalah konsisten kerana urus niaga itu adalah pelaburan antara kerajaan dengan kerajaan yang sangat sulit dan tiada maklumat lanjut boleh diberikan.

Semalam, Swampillai menerusi pernyataan bertulisnya berkata, pemindahan lapan peringkat dari SRC ke sebuah akaun menggunakan nama SRC di British Virgin Islands berjumlah AS$864.5 juta antara November 2011 hingga April 2012.

Najib disaman berhubung dakwaan melakukan pecah amanah jenayah dan melanggar kewajipan statutori berhubung pinjaman RM4 bilion Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kepada SRC.

Perbicaraan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin disambung hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN