PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membenarkan mana-mana pihak mengambil tindakan mengikut undang-undang sendiri khususnya membabitkan isu stoking tertera kalimah Allah. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, agensi yang bertanggungjawab dalam isu berkenaan adalah hanya PDRM. “Kita tidak akan biarkan pihak lain mengambil tindakan ikut undang-undang sendiri. Polis sahaja (uruskan isu itu) dan orang lain tak boleh. “Kalau kita benarkan (pihak lain ambil…










