SUNGAI PETANI: Polemik berkaitan larangan mana-mana pihak termasuk ahli politik mengadakan program atau diundang menyertai program di kawasan sekolah perlu dihentikan segera. Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, polemik itu boleh merugikan masa depan pelajar dalam usaha membina asas yang betul bagi membangunkan negara. “Kita tidak mahu mecari salah mana-mana pihak tetapi biarlah polemik larangan ini berakhir di…