ARAU: Harga makanan di bazar Ramadan sekitar negeri ini didapati sedikit meningkat berbanding tahun lalu, namun kadarnya tidak begitu ketara dan membebankan. Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Norazah Jaapar berkata, hasil pemerhatian di bazar Ramadan sekitar Bintong, Kuala Perlis dan Arau mendapati kenaikan harga membabitkan beberapa jenis makanan antara lima ke 15 peratus. Katanya, antara makanan yang menunjukkan kenaikan harga adalah seperti martabak,…