Harap rakyat fokus isu lebih besar - Kor Ming - Utusan Malaysia

Harap rakyat fokus isu lebih besar – Kor Ming

NGA Kor Ming (lima dari kanan) pada majlis pecah tanah bangunan baharu Dewan Perhimpunan Cina Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketua Whip Parlimen DAP, Nga Kor Ming mengharapkan rakyat Malaysia memberi fokus kepada isu-isu lebih besar dan tidak terbelenggu terhadap perkara yang tidak membawa kebaikan.

Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai usaha meminda hak kewarganegaraan yang akan dibentangkan di Parlimen pada Isnin ini yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga.

Katanya, pindaan itu antara lain akan membolehkan anak yang dilahirkan oleh seorang wanita Malaysia, layak diberi taraf kewarganegaraan secara automatik berbanding sebelum ini, iaitu seorang lelaki atau bapa warganegara Malaysia sahaja.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, langkah tersebut merupakan reformasi institusi yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan.

“Saya harap rakyat akan fokus kepada isu-isu yang besar yang berkaitan dengan ekonomi negara, dan tidak lagi terbelenggu dengan isu-isu yang tidak akan membawa kebaikan atau pun perpaduan negara,” katanya di sini hari ini.

Kor Ming sebelum itu hadir bagai menyempurnakan majlis pecah tanah bangunan baharu Dewan Perhimpunan Cina Perak di Jalan Yeop Abdul Rani, di sini.

Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang diterajui Datuk Armizan Mohd. Ali akan terus memperhebatkan pemantauan harga barangan.

“Negara kita ada rukun, ada juga sistem. Kedaulatan undang-undang adalah prinsip rukun negara. Kuasa KPDN sekarang berjalan dengan baik di mana dari segi pelaksanaannya perlu dipertingkatkan dan saya yakin di bawah pimpinan Datuk Armizan, usaha ini akan diperhebatkan,” katanya.

Beliau mengulas cadangan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh supaya penurunan kuasa perlu diberikan kepada agensi penguatkuasa lain seperti pihak berkuasa tempatan untuk membolehkan pemantauan harga barang dilakukan lebih kerap terutama pada musim perayaan.

Kor Ming juga mengulangi bahawa kerajaan tidak akan bertolak-ansur dengan mana-mana individu yang menyalahgunakan lesen perniagaan PBT dengan menyewakannya kepada warga asing.

Jelasnya, sehingga kini lebih 26,000 lesen PBT dibatalkan dan 489 daripadanya merupakan kesalahan menyalahgunakan dengan memberi sewa kepada warga asing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN