SEPANG: Seorang guru wanita di sebuah sekolah menengah di daerah ini didakwa melakukan salah laku seksual terhadap seorang murid lelaki berusia 16 tahun. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, guru berusia 37 tahun itu didakwa memeluk dan mencium leher murid tingkatan empat di perpustakaan sekolah sehingga meninggalkan kesan kemerahan sekitar Disember tahun lalu. “Kami menerima…










