KLANG: Suasana sebuah pusat beli belah dekat Klang Sentral di sini, gempar apabila seorang kanak-kanak perempuan cuba dilarikan dua lelaki warga asing malam tadi. Kejadian kira-kira pukul 7.30 petang itu melibatkan mangsa berusia setahun tujuh bulan. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, ketika kejadian mangsa bersama ibunya sedang menaiki eskalator pusat beli belah berkenaan. “Kanak-kanak itu bagaimanapun secara tiba-tiba diangkat dua lelaki warga asing dari…