KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) menjadikan usaha menyemarakkan pembangunan idea bagi penghasilan drama dan filem tempatan yang berkualiti tinggi keutamaan pihaknya. Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin berkata, langkah tersebut untuk membasmi filem-filem bertaraf ‘sampah’ yang semakin banyak dihasilkan kebelakangan ini. “Kami telah kenal pasti filem-filem ini. Tetapi peratusan filem tak berkualiti tidaklah banyak jika dibandingkan dengan filem yang bagus. “Apa pun, Finas akan atasi kelemahan. Fokus…










