KUALA LUMPUR: Pengarah, Gavin Yap memaklumkan aktiviti melepak di kawasan tanah perkuburan yang diamalkannya sewaktu remaja menjadi inspirasi bagi penghasilan jalan cerita filem Geng Kubur yang bakal ditayangkan April ini. Katanya, aktiviti tersebut menjadi kebiasaan sejak dia dan keluarganya kembali ke Malaysia selepas menetap lama di United Kingdom. “Saya tak pasti sama ada kebetulan atau tidak. Selepas pulang ke Malaysia, kediaman kami di Damansara Utama terletak hampir dengan tanah perkuburan.…