MELAKA: Empat Bazar Ramadan Rahmah (BRR) akan beroperasi sepanjang Ramadan di negeri ini yang dianjurkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Timbalan Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Zulkiflee Mohd. Zin berkata, lokasi BBR adalah di Taman Cempaka, Masjid Tanah, Jasin Bestari dan Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh. Menurutnya, BBR menempatkan kira-kira 50 peniaga di lokasi terpilih dengan menawarkan…









