KANGAR: El-Nino atau cuaca yang terlalu panas sehingga mencecah 38 darjah celsius di negeri ini sejak bulan lalu dijangka memberi kesan kepada hasil buah mempelam harumanis pada musim ini dengan 20 sehingga 30 peratus buah dijangka gugur. Berikutan itu, hasil harumanis yang dijangka 2,000 tan metrik musim ini berpotensi susut berikutan masalah berkenaan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Persatuan Pengusaha Harumanis negeri, Datuk Hashim Suboh berkata, cuaca panas melampau ketika ini menyebabkan banyak buah gugur dan tidak dapat dipasarkan. Beliau berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada pengusaha harumanis sekitar negeri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya