Dulu kita tengok aiskrim pun sudah terliur - Awal Ashaari syukur anak mudah belajar puasa penuh - Utusan Malaysia

Dulu kita tengok aiskrim pun sudah terliur – Awal Ashaari syukur anak mudah belajar puasa penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara popular, Awal Ashaari bersyukur apabila anak pertamanya, Lara Alana tidak mempunyai masalah untuk berpuasa penuh di usia 10 tahun malah tidak sabar untuk mula menyambut Ramadan.

Kongsi suami kepada pelakon dan model, Scha Al Yahya itu, Lara sangat menyukai konsep bersahur kerana dapat berkumpul makan bersama keluarga selain boleh menikmati hidangan di awal pagi.

“Tahun lepas dia sudah mula puasa penuh. Sebenarnya, dia sendiri yang tidak sabar untuk berpuasa. Dia suka dengan idea bangun pagi, bersahur. Dapat makan bersama keluarga itu lebih menyeronokkan.

“Alhamdulillah, proses mengajar Lara berpuasa itu tidak sukar. Mungkin zaman sekarang tidak terlalu mencabar. Rumah ada penghawa dingin, tidaklah haus sangat. Berbeza dengan kita zaman kanak-kanak.

“Kalau ada motor aiskrim lalu pun sudah terliur. Sekarang kalau adik dia makan depan pun, dia tak kisah. Macam biasa sahaja. Tetapi Lara bukan boleh terus puasa penuh, tahun demi tahun lah dia belajar,” ujarnya.

Awal ditemui pemberita ketika majlis pelancaran koleksi raya Amber yang menampilkan pelakon, Anna Jobling sebagai wajah lebaran mereka tahun ini.

Bercakap soal kerjaya seni, Awal berkata, dia mahu lebih memfokuskan kepada ibadah ketika di bulan Ramadan dan mungkin akan mengurangkan tawaran pengacaraan bergantung kepada kelapangan waktu.

“Bukan nak kata sebelum Ramadan tak fokus ibadah, tetapi di bulan mulia inilah kita mahu pulun raih pahala kan. Masa ini juga yang terbaik untuk luangkan waktu dengan keluarga dan anak-anak.

“Kami berdua mahu ajar anak berpuasa, tarawih dan mengaji. Selalunya kalau awal Ramadan, kami memang akan berbuka bersama keluarga besar masing-masing. Tradisi keluarga,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN