JASIN: Dua pelajar tingkatan empat ditahan polis kelmarin selepas dipercayai terlibat dengan kes kecurian motosikal di Kampung Tedong, Merlimau di sini, bulan lalu. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, tangkapan dibuat susulan laporan oleh seorang peniaga berusia 52 tahun yang mendakwa kehilangan sebuah motosikal Yamaha Lagenda 115, diletakkan di hadapan rumahnya kira-kira 1.20 pagi pada 16 Februari lalu. Jelasnya, ketika kedua-dua suspek bawah umur itu ditahan…










