IPOH: Seorang doktor lelaki yang didakwa membuat gangguan seksual terhadap doktor pelatih di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini tampil membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pengadu berusia 43 tahun yang juga bertugas di hospital sama berbuat demikian semalam. “Laporan dibuat berkaitan penularan surat layang di laman media sosial yang telah memburukkan nama pengadu. “Siasatan awal mendapati surat layang yang tersebar itu menuduh pengadu…