Dana usahawan bumiputera, KPKM tumpu pertanian bandar - Utusan Malaysia

Dana usahawan bumiputera, KPKM tumpu pertanian bandar

Bumiputera
MOHAMAD Sabu bergambar bersama murid-murid penerima Bantuan Wang Persekolahan Agrobank 2024 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebahagian peruntukan berjumlah RM300 juta daripada RM1 bilion yang diumum dalam Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 untuk membantu usahawan bumiputera baru-baru ini disalurkan kepada Agrobank melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau akan berbincang dengan Agrobank untuk memanfaatkan peruntukan tersebut bagi membantu usahawan bumiputera yang perlu disalurkan pada tahun ini.

“RM1 bilion itu, RM300 juta diberitahu oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agrobank kepada Agrobank. Bila kepada Agrobank itu ertinya kepada KPKM dan insya-Allah sumber itu kami akan bincang bagaimana hendak membangunkan industri makanan lebih baik pada masa akan datang.

“(Peruntukan) Disalurkan dan mesti dihabiskan pada tahun ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Wang Persekolahan Agrobank 2024, hari ini.

Terdahulu, kerajaan dilapor memperuntukkan dana berjumlah RM1 bilion bagi melahirkan generasi baharu usahawan bumiputera dalam bidang pertumbuhan tinggi yang akan dikendalikan oleh Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dana tersebut bertepatan dengan hasrat dan syor yang dihujahkan semasa kongres tersebut iaitu untuk mewujudkan sebuah Dana Pemacu Transformasi Bumiputera.

Dalam pada itu, Mohamad memaklumkan antara tumpuan akan dilakukan kementeriannya termasuklah membangun dan memupuk pertanian dalam bandar untuk memenuhi keperluan penduduk setempat.

“Jenis pertanian bandar salah satunya adalah vertical farming. Kita boleh tanam salad, kucai, cili dan pelbagai-bagai tanaman yang boleh diusahakan termasuk di rumah flat.

“Jadi, urban farming mesti digalakkan dan kerajaan memberi peruntukan sekarang agak tinggi iaitu kalau Jabatan Perdana Menteri, di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) ada RM1 bilion termasuk urban farming dan ditambah lagi dengan peruntukan yang diumumkan RM1 bilion dalam Kongres Ekonomi Bumiputera.

“Itu kita hendak tumpu sebab kita rasa dalam daerah rumah flat yang banyak, kalau terlibat dalam urban farming, barangkali sayuran itu dapat mereka sediakan di tempat sendiri. Dalam peruntukan itu, antara tumpuan yang diberikan adalah urban farming, di Lembah Klang sekarang, penduduknya di sekitar tujuh juta, tanahnya semakin kecil, jadi urban farming mesti dipertingkatkan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN