Cuaca kering, panas hingga minggu depan

Cuaca kering, panas hingga minggu depan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah celcius dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dan Sabah sepanjang tempoh ramalan tujuh hari akan datang.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memaklumkan ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang masih berpotensi berlaku terutama di barat Semenanjung dan Sarawak pada lewat petang dan awal malam.

“Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi Met Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” kata Met Malaysia dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Met Malaysia mengeluarkan amaran cuaca panas gelombang haba tahap dua di Perlis dan Pokok Sena, Kedah dengan ramalan suhu boleh mencecah sehingga 40 darjah Celcius.

Berdasarkan laman sesawang tersebut, 27 kawasan lain direkodkan di tahap satu atau tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian sehingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Kawasan tersebut melibatkan Kota Belud di Sabah; Kedah (Pulau Langkawi, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kuala Muda, Sik dan Baling); Perak (Kampar, Kuala Kangsar dan Kinta) dan Timur Laut di Pulau Pinang.

Selain itu, Johor (Muar, Segamat dan Batu Pahat); Selangor (Kuala Selangor dan Sepang); Pahang (Raub, Bentong dan Temerloh); Negeri Sembilan (Seremban, Tampin, Rembau dan Jelebu); Alor Gajah, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga berada di tahap berjaga-jaga yang direkodkan setakat pukul 4.30 petang semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×