Cat Farish pertahan isteri kena face shaming - Utusan Malaysia

Cat Farish pertahan isteri kena face shaming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Cat Farish secara terbuka menegur seorang pengguna media sosial yang bertindak biadab dengan mengejek wajah isterinya.

Penyanyi lagu Joget Mama Papa itu dalam nada sindir berharap agar pengguna yang mengatakan wajah isterinya ‘berot’ dan ‘terencat’ itu mendapat pahala di bulan mulia.

“Untunglah awak sempurna, mesti kacak orangnya. Semoga Ramadan ini awak dapat pahala dan rezeki yang menakjubkan,” tulisnya.

Tidak berdiam diri, isteri yang juga pelakon, Shikin Maembong, turut menurunkan komen balas terhadap kata-kata hinaan itu.

“Muka terencat inilah yang suami saya hadap hari-hari. Lebih daripada itu dia tengok, tapi tidak pernah mengeluh.

“Awak macam ada masalah hati saja. Saya doakan awak tak merasa sakit seperti saya.

“Kenapa perlu kata wajah saya begitu? Jika tidak suka, berdiam lebih baik daripada sakitkan hati orang di bulan puasa,” tambahnya.

Terdahulu, Shikin Maembong mendedahkan mengalami Bell’s Palsy atau masalah saraf di bahagian muka menyebabkan wajahnya senget sebelah.

Shikin menderita penyakit itu sejak 12 tahun yang lalu dan masih melakukan bermacam rawatan untuk pulih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya