Boikot pelakon bermasalah - David Teo - Utusan Malaysia

Boikot pelakon bermasalah – David Teo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbit, David Teo menyuarakan sokongan terhadap tindakan setiap penerbit filem dan drama yang memboikot mana-mana pelakon bermasalah.

Katanya, tindakan itu wajar untuk mengajar dan memberi kesedaran kepada pelakon yang lupa diri dan sering menimbulkan masalah sehingga menjejaskan imej drama atau filem yang mereka jayakan.

“Saya sokong (boikot) dan saya juga tidak teragak-agak untuk ambil tindakan sama. Ada pelakon bila dah popular jadi lupa diri dan tak berpijak di bumi nyata. Mereka ibarat burung terbang terlalu tinggi, jadi kita kena tembak supaya jatuh ke bumi.

“Saya sudah hadap dan bersabar dengan ramai pelakon bermasalah sejak 24 tahun lepas. Macam-macam perangai yang saya jumpa. Ada yang tak datang shooting atas alasan membeli belah dan berniaga di luar negara. Ada juga yang menghilangkan diri selepas tak datang penggambaran. Bermacam-macam perangai.

“Ia bukan masalah yang baru jadi semalam, sebenarnya sudah lama. Cuma semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Jadi saya sokong tindakan boikot artis bermasalah,” katanya selepas tayangan filem Cheongsam Merah Darah dekat sini, semalam.

David mengulas mengenai tindakan penerbit drama dan filem, Datuk A.Aida yang menyenaraihitamkan Ruhainies selepas pelakon terbabit ditangkap khalwat dengan suami pelakon dan penyanyi Bella Astillah, Aliff Aziz.

Mengulas lanjut, David turut akan mengikut langkah sama, menyenaraihitam mana-mana pelakon bermasalah bagi mengelakkan pihaknya menanggung kerugian.

“Saya berdepan ramai pelakon bermasalah. Ada yang masih baru dan juga yang sudah popular. Tapi saya bersabar dengan perangai mereka.

“Saya tak ambil tindakan, cuma tak akan guna khidmat mereka lagi di masa akan datang.

“Dan saya juga tak akan bercerita keburukan artis tersebut, jauh sekali nak pengaruh produser lain untuk boikot. Cuma harapnya artis berkenaan sedar diri,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya