Kemalangan di Kuala Krai, seorang lagi mangsa meninggal dunia

Kemalangan di Kuala Krai, seorang lagi mangsa meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang lagi mangsa kemalangan melibatkan dua buah trak pikap di Kilometer 78 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Bukit Ah Kim di sini meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Superintendan Mazlan Mamat berkata, mangsa yang merupakan penumpang trak pikap jenis Ford Ranger meninggal dunia semasa menerima rawatan di zon merah Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di sini pukul 1.50 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati semasa kejadian trak pikup jenis Toyota Hilux yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 37 tahun bersama tiga penumpang dari Ipoh, Perak menghala ke Machang.

“Setiba dilokasi, kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terlanggar sebuah trak pikap jenis Ford Ranger yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 53 tahun di laluan bertentangan.

“Pelanggaran itu menyebabkan pemandu dan seorang penumpang Toyota Hilux meninggal dunia di tempat kejadian. Pada masa sama, penumpang Ford Ranger turut maut di lokasi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mazlan memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 .

Katanya, siasatan lanjut berkait kes tersebut sedang dijalankan

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil
membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Amirul Izham Azian di 019-6380098 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai (09-9666222) untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Utusan Online hari ini melaporkan,
tiga maut manakala lima lagi parah apabila dua trak pikap bertembung dalam kemalangan di jalan Kuala Krai-Gua Musang disini tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkait kemalangan itu pada pukul 12.36 tengah malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×