KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak akan menuntut kerusi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu meskipun berlaku pertambahan kira-kira 50 peratus pengundi Melayu. Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN menghormati kerusi tersebut milik sekutunya dalam Kerajaan Perpaduan dan terus menyokong siapa pun calon yang diletakkan di situ. “Kita ketahui bahawa DUN di Selangor iaitu Kuala Kubu Baru telah kosong disebabkan wakil…










