Bertongkat ikut sunah nabi - Beto Kusyairi - Utusan Malaysia

Bertongkat ikut sunah nabi – Beto Kusyairi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Beto Kusyairi menafikan kemunculannya bertongkat dalam majlis pelancaran butik Elrah di ibu negara baru-baru ini disebabkan kecederaan dialami selepas terlibat kemalangan ketika mengikuti konvoi motosikal November tahun lepas.

Kata Beto, kesihatannya baik dan kemunculannya bertongkat dalam majlis berkenaan tiada kena mengena dengan kecederaan dialami sewaktu mengikuti konvoi tersebut.

“Bertongkat kerana mengamalkan sunah nabi dan nak sesuaikan dengan imej saya. Bukan sebab sukar berjalan atau apa.

“Tiada sebarang kecederaan serius saya alami selepas kemalangan tahun lepas. Bahkan banyak kemalangan menimpa saya termasuk dua kali yang terjadi di set penggambaran. 

“Alhamdulillah Tuhan jaga saya. Harapnya peminat doakan kesejahteraan agar saya dapat berkarya selagi saya diperlukan,” katanya.

Beto November tahun lepas terselamat selepas terlibat kemalangan di kilometer 349 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Ladang Bikam dekat sini.

Kejadian berlaku ketika pelakon itu menyertai konvoi solidariti Wings Motogang Society ke Masjid Negeri Ipoh, Perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN