Guardiola padam rekod Ferguson, City kembali ‘garang’

Guardiola padam rekod Ferguson, City kembali ‘garang’

Pep Guardiola- afp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kemenangan 3-0 Manchester City ke atas Crystal Palace, semalam menyaksikan Pep Guardiola hanya memerlukan 358 perlawanan untuk mencapai angka 150 kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Beliau kini memecahkan rekod sebelum ini yang dipegang Alex Ferguson dalam 522 perlawanan untuk mencapai jumlah 150 kemenangan sekali gus memberi gambaran Guardiola akan terus melebarkan rekod berkenaan.

Satu-satunya pengurus lain yang pernah mencapai 150 kemenangan seperti itu adalah bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang memerlukan 524 perlawanan.

Secara keseluruhan, Ferguson memenangi 245 daripada 810 perlawanan apabila Manchester United menjaringkan tiga gol atau lebih manakala Arsenal Wenger melakukan perkara sama dalam 228 daripada 828 perlawanan.

Dua gol Erling Haaland dan rembatan kemas Phil Foden membantu kemenangan di Selhurst Park, bagi meneruskan prestasi cemerlang City di liga sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Guardiola bangga dengan semangat juang dipamerkan anak buahnya untuk menundukkan Palace yang kental, hanya beberapa hari selepas kemenangan 2-1 ke atas Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

“Ia hasil kerja keras. Palace sangat kuat. Setiap kali kami menentang mereka, ia sentiasa sukar. Setiap kali kita mendekati perlawanan dengan cara kita sendiri, tidak kira siapa lawan, perkara baik akan berlaku. Tiada makna bermain bola sepak jika kita tidak menjadi diri sendiri.

“Kami masih belum berada di puncak, tetapi kami sedang belajar. Kami akan semakin hampir pada masa depan. Selepas beraksi di Bernabeu, kami bersedia menghadapi juara Piala FA,” kata Guardiola.

Kemenangan itu cukup manis buat Guardiola selepas beliau ditewaskan oleh pengendali Palace, Oliver Glasner, pada final Piala FA musim lalu di Wembley.

Guardiola turut mengakui City masih dalam proses pembinaan susulan rombakan besar skuad sejak musim lalu.

“Banyak perkara perlu kami perbaiki. Perlawanan menentang Real memberi saya banyak pengajaran, bukan dari segi mentaliti tetapi cara mendekati beberapa perlawanan. Ada pemain masih muda. Tetapi kemenangan 3-0 di sini adalah satu kenyataan besar buat kami.

“Kami berada dalam kedudukan lebih baik berbanding musim lalu dan masih bersaing dalam semua kejohanan,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN